3 (tiga) orang warga IPG KPM telah berjaya tamat kursus CQA Tier 3 anjuran MQA Training Centre (MQATC). Kursus ini merupakan pengiktirafan tertinggi serta mempersiapkan pegawai jaminan kualiti selaku Pemberi Pendidikan Tinggi untuk membantu institusi masing-masing dalam menyediakan program pengajian yang dinamik, lestari dan relevan. Majlis yang diadakan pada 16 November 2024 (Sabtu) di Hotel Sama-sama, KLIA Sepang telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis MQA, Tan Sri Mohd. Adib Abd. Rahman. Majlis berkenaan menyaksikan seramai 59 graduan program CQA 2024 menerima sijil masing-masing. 3 orang warga IPG KPM yang berjaya memperolehi CQA Tier 3 ini adalah :
i. Puan Naima Binti Kadir – Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau;
ii. Encik Mohd Zakhiry bin Ab. Rahman – Ketua Penolong Pengarah, Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan, IPGM KPM; dan
iii. Dr. Mohd Zailani Bin Ismail – Pensyarah Kanan di IPG Kampus Darulaman, Kedah.


Français (France)
正體中文